Background

Monday, June 28, 2010

Bunga Tulip Indah Berseri....

28 Jun 2010

Akhirnya ibu berjaya juga mewujudkan blog saya pada hari ini....Tepat jam 12.00 malam blog saya siap....Lama juga saya tunggu...Permintaan verification dari google agak melambatkan sedikit urusan...Saya hampir kecewa...Itulah kita tak boleh putus asa.....Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan....Saya belajar memahami pepatah itu hari ini...

Saya yang mahu blog ini dinamakan Bunga Tulip Indah Berseri...Ini adalah kerana saya suka bunga tulip..Bunga tulip ada pelbagai warna dan semuanya cantik-cantik belaka....Minat saya kepada bunga tulip ini mula tumbuh selepas ayah dan ibu saya membawa kami melawat Keukenhof di Holland....Di situ terdapat begitu banyak bunga tulip...Saya sangat suka dan gembira..


Kami mengambil masa selama 5 jam berjalan di dalam Keukenhof...Oleh kerana sangat gembira dan asyik melihat bunga2 sambil berlari-lari saya tidak berasa letih...




Saya dan kawan-kawan ibu dan aunty aina...

Kami beramai-ramai bergambar di depan pintu Keukenhof...


Bunga tulip indah dan segar di tepi tasik...



Warna yang bercampur tetapi tetap cantik dan menarik warnanya...

Saya Firas dan Afif bergambar di bunga tulip yang segar dan indah...

Gambar saya, Afif, Asila dan Kak Long di Herrenhausen...




Saya dan adik saya Muhammad sedang meniup bunga löwenzahn (dandelion)...