Background

Saturday, July 3, 2010

Melawat ke Zoo Erlbinis Zoo, Hannover...


MELAWAT KE ZOO ERLBINIS-ZOO,HANNOVER



Pada hari sabtu bersamaan 3 julai 2010 saya melawat ke Erlebinis-Zoo,Hannover. Saya dan keluarga saya menaiki keratapi dari rumah pada jam 9:40 pagi. Kami sampai di zoo tepat pada pukul 10.00 pagi. Selepas itu kami sekeluarga menaiki bot untuk melihat pemandangan di zoo tersebut. Saya dapat melihat banyak binatang di sana .
Antaranya adalah hamster, gajah, polar bear, anjing laut, ikan, gorilla, orang utan, flamingo ,bangau, kanggaroo ,hippopotomus dan bermacam-macam lagi. Kami juga berpeluang menyaksikan pertunjukan anjing laut. Kami semua amat gembira melihat kepintaran anjing laut itu menari dan bermain mengikut arahan tuannya.
Walaupun cuaca panas dan kami berasa penat dan dahaga tetapi ia tetap merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Kami pulang ke rumah jam 3:00 petang dan bercadang akan pergi ke sana lagi nanti.




Saya, Afif, Asila, Ibu dan Kak Long bergambar di stesyen
sebelum bertolak tram ke zoo...



Di dalam tram..



Bergambar bersama ayah pula...





Di hadapan pintu masuk ke zoo


Pelican dia boleh menyimpan air di dalam paruh sebanyak 12 liter....





Saya amat suka akan flamingo kerana ia berwarna pink & cantik...


Meerkats ini suka duduk di dalam kelompok & selalu menjenguk2 atau melihat2 bagi menjaga keselamatan kelompoknya...



Saya, Kak Long, Afif, Asila & Ibu bergambar di bot...




Ini adalah gambar burung flamingo sedang minum air...





Lihat zifarah ini.. Lehernya sangat panjang...Itulah sebabnya
zirafah boleh makan pucuk muda pokok..



Lihatlah..Bergayakan kami..



Kawan yang comel...



Gorilla sedang berjemur...Tak panas ke?
Macam orang German juga suka berjemur...



Melihat anjing laut di dalam air....


Dahaga laaa..Makan aiskrim di Yukon Bay..



Di Yukon Bay...Kami dah jadi karibu..
'Bertukar', Macam Power Rangers pula....




Melompat sampai berpeluh2 di DINO JUMP..Best sangat..




Semasa pertunjukan anjing laut yang gemuk & bijak..Comel sangat...



Sempat ambil gambar harimau bintang (leopard)...Tak nampak garang pun...


Sebelum balik kami semua sempat singgah di playground yang ada bermacam2 permainan....Rumah yang tinggi diperbuat dari kayu, pasir dan aliran air
(macam kat pantai je...ramai budak2 main & mandi), gelunsur yang tinggi dan buaian2 yang pelik2...Kami bermain dengan gembira sehinggalah ayah dan ibu mengajak
kami balik pada jam 3.00 petang.
Sebenarnya kami tak mahu balik lagi....Terpaksa je..Apabila sampai di tram untuk balik ke rumah...Kami semua sangat panas....Rasa macam nak terbakar je...Matahari terik dan ibu beritahu yang suhu adalah 30 lebih darjah celcius....Uhhh...panas sangat....Kami berkipas di dalam tram.....Orang german berhampiran kami tu senyum je....Mesti diaorg hairan tengok kami yang berbaju tangan panjang dan bertudung...Pastu panas pula...Mereka hanya pakai baju sikit2 dan seluar pendek je.....Moga mereka faham suatu hari nanti.....
Nukilan,
Huda
6.7.2010

No comments :

Post a Comment